loader image

Pulai Utama Management

Pendaftaran Kursus kahwin

Ikuti kursus kahwin online sepanjang 2 hari (Sabtu & Ahad) bersama penceramah yang bertauliah daripada Jabatan Agama Islam Johor.

Pengesahan

(24 jam selepas pendaftaran)

Pembayaran

(RM 150 sahaja dan di bayar selepas dimasukkan ke dalam group WhatsApp)

Kursus

(Sabtu & Ahad))

Sijil

(Setelah tamat kursus)

PENDAFTARAN

Jangan double booking daripada laman web/ blog / ejen supaya tempahan tidak bertindih.
Jika sudah buat tempahan dan ingin menukar tarikh kursus, perlu maklumkan kepada kami.

Kursus Bersemuka terbuka kepada semua, kursus online perlu ikut terma dan syarat.

Panduan Kursus

Anda akan menerima Email pengesahan dalam masa 24 jam

Tempat

  • Kursus Bersemuka – ikut pada tempat kursus yang anda pilih.
  • Kursus Online – terpulang kepada peserta kerana kursus dijalankan secara ONLINE. Pastikan tempat sesuai dan tiada gangguan. Menggunakan aplikasi zoom cloud meeting.

Tempoh

2 hari sahaja (Sabtu & Ahad)

Pendaftaran

7 hari sebelum tarikh kursus dijalankan, pihak penganjur akan membuat WHATSAPP GROUP. Semua info berkaitan perlaksanaan kursus akan dimaklumkan disitu

Waktu Kursus

8.00 pagi – 6 petang (sabtu), 8.00 pagi – 11 pagi (ahad). Kami akan maklumkan jika ada perubahan

Bayaran Kursus

Yuran RM150/org dibayar 3-4 hari sebelum tarikh kursus dijalankan. Kaedah pembayaran akan dimaklumkan dalam WHATSAPP GROUP nanti.

Pakaian

Pakaian peserta lelaki dan perempuan haruslah sopan dan menutup aurat.

Sijil Kursus

Akan terima sijil kursus perkahwinan setelah tamat kursus iaitu pada hari kedua kursus (AHAD).

Kursus online, akan di pos keesokan harinya selepas peserta kursus (Free postage)